Followers !

Khamis, 6 November 2014

Kek Velvet !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sebenarnya dah 2 kali KK buat kek Velvet ni, hasil dari sumbangan resipi dari jiran sebelah, dapatnya dari internet.


KK pun tak tahu namanya begitu unik, seakan-akan Red Velvet, tapi kek ni kukus, bukan bakar.

Jadi, KK nak kongsi resipi kepada semua pembaca blog KK yang setia, lepas ni boleh cuba nak godek-godek kat dapur, hehe


Bahan-bahan :-

-5 biji telur
-250gram tepung gandum
-1 sudu besar baking powder
-150ml susu cair
-200gram gula
-2 sudu besar susu pekat
-1 sudu besar ovallete
-125ml minyak masak
-esen vanilla
-pewarna

Cara-cara :-

1-Kisar telur, gula, susu cair, susu pekat, dan ovallete
2-Setelah sebati, kisar sekali dengan minyak,baking powder dan esen vanilla
3-Curahkan adunan dalam bekas, dan sebatikan dengan tepung sedikit-demi sedikit.
4-Bahagikan kepada 3 warna mengikut kesukaan
5-Kukus selama 60 minit.

Ada 2 jenis cara nak buat corak pada kek Velvet, nak buat corak A atau corak B, ikut kesukaan yang menjadi idaman kalbu, hehe


Untuk A :-

Kukus dulu lapisan bawah (putih) selama 10 minit, lapisan tengah (warna) selama 35 minit, dan atas (putih) selama 20 minit

Untuk B :-

Kukus setiap lapisan selama 10 minit sehingga habis lapisan dibuat, letak selapis kukus 10 minit dan seterusnya sehingga habis.


Jadi, lepas ni bolehlah cuba buat sendiri, resipi yang amat mudah, bahan-bahan pun senang didapati, rasanya pun sedap

Kalau ada sebarang pertanyaaan, boleh ke ruangan komen dibawah atau PM saja KK di Fb, selamat mencuba :)


4 ulasan: