Followers !

Jumaat, 14 November 2014

Shift Pagi +


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sejuknya air, mula-mula jirus kaki terasa dah sejuk, cuaca yang dingin, sudah pasti air bersuhu negatif persis air telaga di pagi hari.


Dah rasa macam buat ALS Ice Bucket Challenge di pagi buta, haha, terasa sampai ke tulang sejuknya.

Pagi ni KK kerja shift pagi, semalam cuti, demam dah kebah, batuk ada sikit lagi, harap tak ganggu masa kerja.


Tak dapat tidur lena, sekejap terkejut, tengok jam baru pukul 2, tidur balik terkejut semula, sampaikan dengar azan Subuh, terus bangkit.

Siap-siap nak pergi kerja, harini hari Sabtu, pastinya orang ramai, dan KK dah boleh jangka, pasti hari yang panjang dan memenatkan !

*selamat bekerja !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan