Followers !

Sabtu, 5 November 2016

Banana Fritters


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Apa lah yang kuning-kuning  panjang panjang dalam pinggan tu, nak kata terung warna kuning, nak kata timun bukan warna hijau, itulah banana fritter sebenarnya


Acah-acah cakap mat salleh pula, padahal pisang goreng je sebenarnya, hahaha, aduhlah lama sangat tak berkebuk cakap mat salleh, malam ni datang angin timur

Kedai-kedai hipster tak tulis dalam menu pisang goreng, mesti tulis banana fritter, acah-acah hips lah, hahaha, harga pun ikut sama hipster 6 keping RM 8.90, hahaha

KK buat sendiri saja, rasa nak makan sangat, nasi masak sesaja harini, sesenduk saja yang luaknya, esok kita bantai buat nasi goreng lah, daripada buang baik makan

Selamat menjamu selera semua, KK makan pisang goreng saja malam ni, esok menu nasi goreng cinta, hahaha, selamat malam dan selamat berhujung minggu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan