Followers !

Isnin, 7 November 2016

Cara semak powerbank Pineng asli atau tiruan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kali ni KK nak ajar untuk kita check powerbank berjenama Pineng ni asli atau tidak, risau juga kan sekarang banyak barang tiruan tapi sebiji macam yang original


KK sendiri pun risau sebab KK beli powerbank Pineng PN-969 (20 000 mAh) hanya RM 55 di Shoppe.my, penghantaran percuma lagi tu, kat lain memang tak dapat

Alhamdulillah, KK dah semak no siri powerbank KK dan ternyata original dari pihak Pineng, lega hati ni, risau juga kalau yang tiruan ni, kan tak pasal meletup


1) Tengok pada kotak, cari pelekat macam diatas, kalau baru pelekat warna biru, jenis lama warna kuning, tapi sama saja


2) Ambil syiling dan gores pada tulisan bahasa cina tu, sampai keluar no siri powerbank tersebut


3) Buka Google, dan taip "m.en.pineng.cn" , lepas tu cari "anti-fake code" dan klik pada link biru tu


4) Masukkan 16 digit nombor yang tertera pada kotak yang kita gores tadi tu, dan tekan butang biru sebelah tu

5) Kalau keluar macam KK di atas tu, alhamdulillah, powerbank itu asli dari pihak Pineng, kalau tidak, harap maklum powerbank anda tidak asli dan tiruan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan