Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 5 November 2016

Bepang : Borong 15 bungkus !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sebenarnya dah lama sangat KK nak makan sangat bepang ni, nak kata mengidam, KK ni jantan, hahaha, tekak kita terasa nak makan kan, usaha juga cari tak ada, sedih


Alhamdulillah, dalam group COD makanan kat Kemaman ni ada juga KK utarakan pasal bepang pulut ni, dan ada seorang akak ni nak tolong belikan untuk KK

Ya Allah, alhamdulillah, tak sangka ada orang baik yang nak bantu kita, KK terus whatapps akak tu, sebab dia cakap nak balik kampung, jadi alang-alang boleh tolong


KK pun apa lagi, minta belikan 15 bungkus terus, boleh bawa balik nanti untuk mak dan adik-adik KK kan, sebungkus tu RM 1.20 saja, beli banyak terus, hehe lepas geram

Makanlah sampai lebam, haha, KK.memang suka bepang pulut ni, makanan ni memang terkenal belah pantai timur dan biasa kat Terengganu memang ada, dah makan 2 bungkus, haha

Akak tu siap cakap lagi, kalau nak lagi beritahu dia, baiknya akak tu, suka bantu orang, semoga rezeki akak sekeluarga dipermudahkan sebab tolong KK, Aminn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan