Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 5 November 2016

Nasi Goreng Cinta


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Senget lah pula gambar tu, lupa nak crop bagai, haha, pemalas betul lah KK ni, nasi goreng cinta khas buah tangan dari KK kepada semua pembaca setia, haha


Nama pun dah tahu kan, betapa istimewanya nasi goreng cinta ni, hasil air tangan KK pagi tadi, pukul 9 dah berperang kat dapur siapkan nasi goreng cinta ni

Nama saja mengada-ngada, padahal nasi goreng biasa saja, haha, cinta tu sebenarnya kesungguhan KK dalam menyiapkan nasi goreng tu, haha

Orang bujang bukan pandai masak sangat, tu pun KK letak perencah nasi goreng ikan bilis, tumis bawang, letak cili kisar, letak telur dan letak nasi, kacau-kacau dah siap

Seeloknya nasi tu ramas tu bagi berderai sebiji-biji, baru senang nak gaul atas kuali, dan nasi goreng kita akan cantik sebab tak berketul, dan pastinya akan sedap, haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan