Followers !

Khamis, 3 November 2016

Beli powerbank baru


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kalau tak bersebab KK tak beli pun powerbank ni, ada rencana minggu depan, nak berjalan sikit, jadi rasanya perlu beli untuk tampung jangka hayat telefon KK ni, hehe


Sebenarnya KK dah ada powerbank dulu, tapi adalah hamba Allah tu pergi curi, mungkin dia tak ada duit kot, entahlah, tapi hilanglah powerbank Pineng KK dulu berbentuk batu


Abaikan kisah lalu, lagipun KK dah beli yang baru ni, alhamdulillah, rezeki Allah beri pada KK, dapat beli sebiji powerbank berkapasiti 20,000 mAh antara yang terbesar dalam Pineng

KK tengah menunggu powerbank ni sampai, mungkin esok atau lusa sampai kot, tak sabar nak cuba, lepas ni tak risau lagi bateri habis sebab KK ada peneman baru, hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan