Spice of My Life

Followers !

Halaman

03/09/2014

Beli Safety Shoes untuk kerja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisah sambungan semalam, selepas saja KK singgah kat kedai motor nak bayar motor, KK dan mak terus ke Mydin, nak beli barang sikit.

Tak niat sebenarnya nak beli safety shoes ni atau dalam bahasa Melayu dipanggil kasut keselamatan.

Ingat nak tengok-tengok dulu, nak banding harga dan sebagainya, tapi bila tengok harga, terus rembat sepasang, hehe, saiz kaki ada pula, sukanya !


Jangan terkejut, kerja kat bahagian bakeri pun wajib pakai safety shoes, keselamatan perlu diutamakan !

KK dah kerja 5 bulan, baru nak beli, hehe, selalu sangat manager pesan, dapat gaji nanti boleh beli, haha, ni dah gaji ke-5 baru beli, hahaha


Harga? Memang murah, KK cari paling murah sekali, hahaha, harga safety shoes ni cuma RM 38.90 sahaja, murah kan?

Brand MATARAZO, saiz 44, saiz kaki anak gajah, hahaha, terus ambil bila pakai muat di kaki.


Ada saja yang mahal, yang RM 60++ RM 100++ pun ada, kita berbelanja ikut kemampuan, lagipun KK bukan nak kerja terus, insyaAllah kalau ada rezeki nak sambung belajar.

Kalau sesiapa ada nak beli safety shoes, boleh ke Mydin, kualiti ok apa, harga pun lebih murah, ada macam pilihan dan jenis safety shoes :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan