Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 30 September 2014

Demam :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dari sebab rasa tak sedap badan, rasa lesu dari pagi sampai balik kerja, rasanya dah tanda-tanda nak demam


Pagi tadi bangun nak pergi kerja, baik lagi, rasa macam tak ada apa-apa, bila sampai nak ke tengah hari, dah rasa penat, lesu dan sebagainya.

Rasa leher, mungkin panas, tapi mana nak berasa kalau diri sendiri rasakan, jadi minta rakan sekerja rasa, dia cakap memang panas, demam ni.

KK dah rasa KK demam, bila nak jalan, rasa kepala pening, nak pusing kiri kanan pun rasa macam terhujung hayang.


Banyak duduk tadi, nak jalan pun tak larat, tapi alhamdulillah, boleh buat kerja lagi, perlahan lahan tu boleh lagi

Masa nak balik tadi, risau juga takut tak boleh bawa motor, harap sangat sampai rumah, alhamdulillah, bawa motor perlahan sampai juga rumah

Balik lepas mandi, makan, terus makan ubat, alhamdulillah, dah kebah sikit demam ni, harap boleh kerja esok !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan