Followers !

Jumaat, 19 September 2014

Keluar jalan-jalan :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang tadi keluar sekejap nak pergi bank in duit untuk kakak, ingatkan nak balik terus, tapi terlajak ke lain, haha


Lepas saja bank in duit, terus KK ke Kuantan Parade, saja-saja nak jalan, tengok-tengok apa yang ada kat sana, dah berzaman tak jalan sana.

Berteman kan kak sue, kawan sekerja, lagi panjang kaki kami melangkah, haha, tengok-tengok telefon baru, ramai juga orang masa itu.

Sebenarnya KK nak survey telefon, niatnya nak beli telefon baru, hehe, insyaAllah kalau ada rezeki.

Jalan-jalan tadi berkenan tengok Oppo, hehe, harganya bagi KK agak tinggi tetapi berpatutan dan sangat cantik designya.

Masih dalam pertimbangan, dengan lahirnya banyak jenama baru menbanjiri industri telekomunikasi telah menjadi warna dalam koleksi telefon kini.

Lepas jalan-jalan, lepak sekejap dan terus balik, awal balik, pukul 8 dah sampai rumah, esok kerja kan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan