Followers !

Selasa, 12 Julai 2016

Jumpa doktor gigi !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sebenarnya KK ni dah lama ada gigi berlubang, dari kecik lubangnya, sampai besar, dari tak sakit, sampai sakit, haha


Kes sakit gigi ni dah bermula episodnya masa hujung-hujung bulan puasa haritu, KK tahan sebabnya nak cabut lepas raya, konon dapat bertahan

Masa raya ke-3 tu, malam tu sakit tu sampai KK menangis menahannya, dia punya berdenyut memang buat kita rasa nak tukul je gigi tu

Lepas makan ubat, dah okay, tapi rasa sengal-sengal tu masih ada cuma terkawal lah, tak kuat, sebab KK lagi kerap gosok gigi


KK jumpa juga doktor harini sebab nak tahu masalah dan penyelesaian untuk masalah gigi yang KK hadapi

Lepas dah di semak, gigi tu tak dapat ditampal, KK ada dua pilihan, sama ada cabut terus gigi tu atau buat rawatan akar

Dan doktor cadangkan buat rawatan akar, supaya gigi tu kekal disitu, boleh guna lagi, dalam masa sama, gigi tu perlu ditampal

KK bersetuju dan buat temujanji, untuk temujanji pertama pada 25/7/2016, minggu depan nak ke hujung bulan sebab ramai lagi yang buat rawatan, kena ikut giliran

Jadi, KK kena tunggu dan buat masa sekarang doktor bekalkan ubat antibiotik dan ubat tahan sakit, untuk KK makan

InsyaAllah, semoga dipermudahkan untuk mendapatkan gigi yang sihat !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan