Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 3 Julai 2016

Ramadhan 29 : Buat bergedel !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah bergedel ni sebenarnya dah 4 hari lepas, haha, semua dah selamat masuk perut, entah siap proses rasanya, haha


Tempoh hari KK nak sangat makan bergedel sebab si Arif lah cerita yang dia buat bergedel, bila teringin, KK pun beli barang

Belilah kentang, bawang goreng, daun sup, sepatutnya beli ayam, tapi disebabkan lupa KK ganti dengan sosej, haha, tak adalah kosong sangat


Siap goreng kentang, sejukkan, dan lenyek, sosej KK goreng dulu dan potong halus halus, dan isi telur untuk adunkan dan jangan lupa daun sup dan bawang goreng

Bulat-bulatkan dan tekan bagi leper nanti senang goreng tak perlu minyak yang banyak, bau terus naik, wangi saja kentang tu


Dah pun siap bergedel comel ni, bukan susah pun, cuma banyak kerja sikit sebab perlu goreng kentang tu dulu

Lepas tu main campak-campak saja, terus siap, makan tak tengok kiri kanan dah, sedar tak sedar adalah 8 biji dalam mulut, haha

2 ulasan: