Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 22 Julai 2016

Roti kosong Roti telur !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Seharian tak boleh duduk dalam bilik penghawa dingin, dalam pejabat ni sejuk juga, KK berpeluk tubuh siap pakai baju sejuk pun masih terasa sejuk


Nasi ayam petang tadi kenyang sampai ke malam, lepas Maghrib tadi rasa lapar pula, nak makan roti canai, apa lagi, pergi cari sendiri, tak payah harap ke orang, hah

KK beli sekeping roti kosong, sekeping roti telur, tu pun nak beli lagi makanan lagi, tapi kedai tu tutup, haha, padan muka, nafsu terlebih KK ni

Balik terus makan, tak pandang kiri kanan dah, tak cara ke orang lain, terus masuk mulut sambil tengok berita

Sedar tak sedar habis 2 keping, lapar bercampur hujan, haha, memang perut sentiasa lapar kan, patutlah susah nak kurus

Dah siap makan, rehat sekejap, terus makan ubat, harap esok baik sikit, nak pandu kereta, insyaAllah semoga dipermudahkan, amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan