Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 3 Julai 2016

Ramadhan 28 : Basuh si Putih !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK penat sangat lepas sesi fotografi tadi, tidur lah sekejap, lepas dah siap edit-edit gambar semua, post kat FB terus tertidur


Sebelum tidur ada kunci jam pukul 5 petang, bukan apa risaunya terlelap sampai ke Maghrib, haha, naya sebab KK seorang diri

Lepas dah rasanya lama tidur, KK terkejut, tengok jam baru pukul 2 petang, awal lagi nak sambung tidur dah tak boleh terus bangun


Fikir punya fikir, ingatkan nak hantar kereta ke tempat cuci kereta, melihatkan duit dalam dompet tak berapa nak ada, haha, jadi kita ambil inisiatif lain

Basuh kereta sendiri, rajin-rajinkan diri basuh kereta, guna sabun buku sebab sabun cuci kereta kat rumah mak, haha, penyedut hampagas pun kat sana

KK ambil karpet siap basuh lagi, biasa kebas habuk saja, haha, tiba-tiba datang rajin basuh karpet kereta, rajin kan KK? haha

Lepas dah siap basuh, rehat sekejap, pukul 6 nak masak pula untuk berbuka, nasi dah masak, lauk saja nak masak nanti, huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan