Followers !

Sabtu, 24 Disember 2016

Cucur manis


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hujan-hujan ni memang sedap kalau pekena cucur manis, tengah-tengah hujan renyai, sejuk-sejuk dapat makan panas-panas memang tak sedar habis sebakul


Sekarang di pantai timur memang musim hujan, selang sehari pasti hujan, kalau tidur tu dah rasa macam di Berastagi sejuknya, hehe, pasang kipas je padahal

Cucur manis ni paling senang, tepung gandum campur gula, nak letak susu pekat pun boleh, lepas tu letak sikit saja soda bikarbonat, itulah rahsia nak bagi cucur kita bulat-bulat macam belon, hehe

Campur air bagi adunan sebati, dan goreng dalam minyak panas, golekkan sampai garing dan tos kan, dah sejuk sikit bolehlah makan sambil tengok drama, haha

Selamat mencuba 😁

Tiada ulasan:

Catat Ulasan