Spice of My Life

Followers !

Halaman

21/08/2014

Kemaskini Rayuan UPU ^_^


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru sahaja KK mengemaskini permohonan Rayuan untuk Pengambilan Pelajar bagi STPM 2013


Semua sudah maklum, bahawa KK gagal untuk menempatkan diri dalam panggilan pertama kemasukan UPU bagi tahun 2014.

Jadi, KK telah membuat permohonan Rayuan, rasanya beribu lagi pelajar yang tidak mendapat tempat seperti KK.


Sebelum ini, KK memilih kos Pengurusan Seni Kulinari di UiTM dan pilihan kedua Pengurusan Pelancongan juga di UiTM.

Tetapi, setelah berfikir panjang, atas pendapat dan nasihat rakan taulan dan ahli keluarga, KK menukar pilihan ke-2 dari Pengurusan Pelancongan kepada Pengurusan Hotel


Pilihan pertama masih sama, kerana ini minat KK dan mengharapkan dapat pilihan pertama, insyaAllah jika diizin Allah.

Untuk makluman, keputusan Rayuan UPU 2014 akan keluar pada minggu ke-3 bulan 9, tak lama dah kan, mohon ada rezeki.

Kepada mereka yang senasib dengan KK, berdoalah dan bertawakal kepada Allah dan minta doa ibu bapa, kita sama-sama berusaha okay ;)


2 ulasan:

  1. InsyaAllah kamu akan berjaya.

    I'll pray for you.

    All the best KK. Ganbatte!!

    :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tau :)

      KK pun doakan yang terbaik untuk koki ;)

      Padam