Followers !

Selasa, 19 Ogos 2014

"Mengidam" cermin mata baru !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisah semalam, masa KK baru habis rehat, ajak Kak Ani pergi jalan-jalan, berbekalkan lagi masa 30 minit sebelum waktu rehat habis


Ada nampak sale kat ruang legar, macam-macam ada, beg, kasut, pakaian, dan sebagainya, tetapi KK tertarik dengan sale cermin mata.

Ajak Kak Ani masuk, KK malu nak masuk sorang-sorang, haha, disambut mesra oleh staff kat situ, biasalah, KK saja yang ada, haha

Terus meluru kat bahagian RM 199 (Lens + Frame) , KK pun tengok dan cuba pakai, ada yang KK berkenan, tapi tak serius pun, sebab duit tak bawa, haha


Tanya punya tanya, pakej ni untuk power 400 kebawah, KK punya power baru 350, fuhh !! lega sebab lepas, hahaha, jadi bolehlah.

KK tak memilih serius sangat, sebab waktu rehat nak habis, lepas tu minta nak buat pemeriksaan mata, mana tahu power mata dah naik kan.

Buat lah, staff kat situ siap cuci cermin mata KK, mereka tanya, nak buat baru ker? KK cakap nak buat, tapi gaji 27 haribulan, promosi ni sampai 24 haribulan saja.

Mereka cakap, tak apa, boleh bayar deposit dulu RM 100, nanti dah siap boleh bayar baki masa nak ambil kat kedai nanti


Bila kata macam tu, berkobar-kobar pula, hahaha, KK pun cakap, nanti saya datang balik, sebab masa rehat dah habis, KK pun keluar dan masuk kerja.

Sebenarnya KK dah pakai cermin mata sekarang dah 2 tahun, dah rasa bosan, lagipun teringin nak pakai cermin mata besi pula, dah bosan pakai bingkai plastik.

InsyaAllah, ahad ni KK cuti, dan dah bagi tahu sepupu ajak teman, dia pun boleh teman, hehe, insyaAllah kalau ada rezeki tengok ahad ni.


2 ulasan:

  1. Wah boleh macam tu??? Sebab dah rasa bosan??? Ha ha ha... Tak apalah dik, nak tukar, silalah tukar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, biasalah kak waheeda, lagipun susah nak buat cermin mata kalau tak ada sale, mahal sangat, haha jadi, rebutlah kesempatan yang ada :)

      Padam