Followers !

Isnin, 18 Ogos 2014

Oh ! Itu di JPJ dik, sini....


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malunya muka, rasa nak tampal kertas kat muka, bila semua pegawai kat situ tengok, apa lagi, lariii !!!


Al-kisahnya masa KK nak perbaharui lesen motosikal yang baru tamat tempoh minggu lepas, kisahnya di UTC Pahang

KK ni cuti, pergilah UTC dengan berbekalkan lesen mati, haha, kalau kena tahan dengan polis, matilah ! haha

Sampainya terus ke skrin besar gedabak tu, nak tengok pelan lantai, okay, JPJ di tingkat 2 belah kiri, kononnya...

Naik lif, keluar lif terus ke lorong belah kiri, masuk terus, siap ambil nombor dan tunggu giliran.


Pegawai : Boleh saya bantu?
KK : Saya nak buat lesen baru, macam mana ye?
Pegawai : Oh, lesen apa tu?
KK : Lesen motor, dah mati, nak buat lesen besar (sambil tunjuk lesen mati tu)
Pegawai : Oh, kalau nak buat lesen, pergi ke JPJ atau Pejabat Pos, sini JBA (Jabatan Bekalan Air) jadi tak boleh buat
KK : Oh yeker, terima kasih (tengok sekeliling penuh logo JBA lepas tu meluru ke pintu keluar)


Aduh ! Malunya, merah padam muka sekejap, kat JBA pun boleh kan, hahaha, tak patut betul KK ni, sakit perut gelak lepas tu.

Terus lah cari JPJ, padahal salah masuk lorong, patutnya masuk lorong belah kanan, hahahaha, kan dah malu.

Jadi, konklusinya dan sebagai pengajaran :-


  1. Lihat dulu logo kat luar sebelum masuk, ni KK main redah
  2. Pastikan betul arah tujuan, jangan salah masuk
  3. Jangan terlebih pasti, nanti dah ambil nombor baru malu

 
 
 

2 ulasan:

  1. haha..lawak lah KK ni..nanti jgn salah masuk lagi ye..peringatan untuk diri sendiri jugak..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha, dah taubat dah lepas ni kena berhati-hati dan jangan over confident, hehe

      Padam