Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 19 Januari 2015

Belajar memandu buat kali pertama :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tercipta sebuah sejarah dalam hidup KK, setelah 21 tahun hidup di muka bumi, baru kali pertama pandu kereta,


Hati ni sibuk bermonolog, boleh ker belajar ni? pandai ke tak? mampu ker? macam-macam bermain di fikiran

Mula-mula tu huru hara juga, belah mana brek, mana satu minyak, segala benda tekan, hahahaha, kereta mati tu biasa.

Lepas dah 2-3 pusing-pusing litar, boleh lah biasakan dengan klac, kena pandai main minyak, barulah pandai, kadang-kadang tu lupa juga.


Sesi kedua lepas rehat sekejap, sambung terus yang naik bukit tu, parking, dan ada litar bentuk S dan Z, yang tu susah tu

Tapi alhamdulillah, lepas 3-4 kali buat, KK dah boleh, dan cikgu cakap, dah boleh cuma kena perbaiki lagi.


Hari Khamis ni kalau KK jadi cuti, cikgu nak ajar memandu kat jalan raya pula, berdebar juga, habislah KK lepas ni, masak !

Cikgu cakap, satu pencapaian yang baik bagi KK, sebab pertama kali buat, dah pandai buat semua, sebab yang bukit tadi pun lepas, huhu

Alhamdulillah, urusan KK dipermudahkan, harap berjaya :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan