Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 14 Januari 2015

Kerana jari...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kerana jari...KK sebenarnya nak penyata KWSP, ada sikit urusan yang perlukan penyata tersebut

Sekarang kan dah mudah, banyak saja mesin KWSP merata tempat yang boleh kita guna dan terus keluar penyata tersebut

KK dah cuba 3 buah mesin, di 3 tempat yang berlainan, kesemuanya member jawapan yang sama iaitu, cap jari tidak dapat dibaca !

Sedih, rasa nak kerat saja ibu jari ! hahaha, jadi langkah terakhir terpaksa ke pejabat besar KWSP dan ambil ikut urusan kaunter.

KK pun gagahkan diri, kerja petang, pagi tu dah keluar rumah, sebab nak pergi pejabat besar KSWP ni, semangat sangat ! hehe

Kalau di Kuantan, pejabat KSWP terletak di Indera Mahkota, KK pun tak pandai nak peta, tapi satu kawasan dengan bangunan JPN dan Bomba, senang kata dekat saja dengan UIAM Kuantan, pusing-pusing memang jumpa


KK ni kira 4 tahun sekali datang Indera Mahkota, sesat juga, pusing 2-3 kali baru jumpa, haha, nampak logo besar KWSP, terus masuk.


Masuk saja, di kaunter nombor giliran, bagitahu pegawai nak buat penyata KSWP, dan diberi nombor.

Orang tiada, KK pegang nombor, terus dipanggil, dan sampai di kaunter, bagitahu saja, nak buat penyata, tak sampai 1 minit, dah siap !

Mudah kan? tak perlu nak cap jari bagai, sampai jari kiri kanan guna tak dapat juga, jadi terpaksa guna cara biasa, urusan kaunter pilihan terakhir.

Jadi, kepada sesiapa yang dah sakit hati, sampai tahap nak terajang mesin kiosk KWSP tu, haha, silalah ke kaunter KWSP yang berdekatan.


6 ulasan:

  1. Balasan
    1. jari KK pecah-pecah kak farah, jalur-jalur kat jari tu tak boleh baca

      Padam
  2. selamat tga hari..hehee..ambooi laju update blog ye :D

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. sabar jelah kak normi, anggap dugaan saja

      Padam