Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 25 Januari 2015

Belajar naik bas Rapid Kuantan :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedih kan bila baca tajuk entri ni, kelakar pun ada, tapi itulah hakikat yang KK perlu lalui, dan KK mengakui sebagai salah satu kelemahan


Dulu kat Kuantan ni tak ada lagi bas Rapid, yang ada bas Sihat lah, bas biasa, pakai tiket tu saja, ada kondukter bas tu

Bila bas Rapid mendominasi, KK jadi tak pandai, sebab tak pernah naik lagi di bandar Kuantan, haha, sedih pabila mendengarnya


Dulu masa di KL sekejap, masa dengan kawan-kawan, bukan KK yang bayar, kawan yang tolong bayarkan,  KK cuma naik saja, haha

Jadi, minta tolong kawan sebelah rumah ajarkan, Cik Farah yang sudi tolong ajar KK macam mana nak naik bas Rapid ni

Sebenarnya lebih kurang sama saja, naik, bagi duit, dapat resit dan jalan, sekali bayar untuk sekali perjalanan sampai habis laluan yang bas tu lalu.

Kalau macam dulu, ikut tempat, makin jauh makin mahal, sekarang bila naik Rapid perkara tu diselaraskan, mudah bukan?


Seronok juga naik bas ni, lama sangat KK tak naik bas ni, seingat kali terakhir naik bas tahun lepas dalam bulan 6, lama dah tu.

Kadang-kadang kita perlu mencuba perkara di luar batas kita, kerana ia pasti memberi pengalaman dan ingatan yang berpanjangan dalam hidup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan