Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 26 Januari 2015

Jalan-jalan dengan mak :)


Assamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru saja balik dari keluar dengan mak, pergi satu tempat saja, mak malas pula nak pergi banyak tempat, haha, pening katanya


Misi mencari almari zip tu, KK yang nak sangat, sebab baju yang digantung kat dinding berhabuk dah, kat bahagian bahu tu memang penuh habuk

Jadi, nak lah beli almari zip ni, nak pasang pun pening juga tadi, haha, makan masa berjam juga


Dalam pukul 3 tadi pergi, pukul 5 dah balik, sebab pergi setempat saja, dah beli terus balik, tak sempat nak singgah kedai RM2, sob sob.

Balik rumah terus pasang almari ni, pasang dengan adik kecil tu, segala benda dia nak pegang, geram KK, orang cakap sabar, satu-satu pasang

Siap juga akhirnya, pening KK, arahan diberi pun pening, hahaha, dah boleh alih segala baju dalam almari ni, tapi takut juga runtuh, sebab besi lembut.

Kalau ada masa tu, sekali sekala apa salahnya teman mak ayah kita pergi jalan-jalan ke, lepak minum ke, selagi mereka masih ada ni, hargai mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan