Followers !

Khamis, 29 Januari 2015

Projek makan-makan :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah malam semalam, rancangan segera yang dibuat, tak dirancang pun, tapi pernah cakap-cakap pasal nak keluar


Al-kisahnya nak pergi makan kat kedai stik yang baru buka, dekat saja kat rumah KK ni, saja-saja cuba tempat baru

Janji pukul 8, KK balik kerja pukul 7, cepat-cepat siap nak keluar, haha, nasib sempat, baju dah ada semua, tak perlu nak gosok bagai



KK keluar dengan Cik Ain, Cik Farah dan Cik Anis, semua "lelaki" kan, haha, KK seorang saja "perempuan" dalam kalangan tu, haha

Sampailah kedainya, lepas dah pesan, lama juga tunggu, rasa makanan biasa saja, harga boleh tahan, tak ada istimewa pun, orang ramai, biasalah kedai baru


Tapi boleh kira sedap lagi, sebab KK boleh telan, haha, air cappucino memang sedap ! tak tipu, serius dengan aiskrim lagi, marvelous !

Lepas dah makan, bukan terus nak balik, ajak pula si Ain ke Teluk Cempedak pula, layan, biarpun esoknya kerja pagi, hahaha



Makan aiskrim pula, aiskrim potong, pilihan KK aiskrim jagung, huhu, sedap juga, tapi tekstur macam berbuih, bila cair asikrim tu.

Dalam pukul 11 baru balik, sampai rumah tak terusnya tidur, layan tv dulu, haha, dalam pukul 12:30 dah mengantuk terus tidur !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan