Followers !

Jumaat, 16 Januari 2015

Sesi menggemukkan diri :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru saja balik dari makan malam, makan besar juga, huhu, makan ikan stim, lama dah tak makan dengan budak berdua ni.


Harini KK cuti, petang tadi baru WeChat si erni, tanya malam ni ada masa tak, nak ajak lepak, minum-minum pada mulanya

Dia cakap boleh saja, dan ajak 2 orang lagi, ain dan farah, tapi farah tak dapat datang, jadi bertiga saja


Ingatkan nak minum saja, sekali order, haha, siap ikan siakap stim , nasi putih, tomyam campur, sayur, telur dadar dan sotong celup tepung.

Ahahaha, erni kata lapar sangat, jadi layan saja, hehe, makan besar sekali sekala, apa salahnya

Bila dah lama tak kumpul macam ni, macam-macam cerita keluar, gelak jangan cakap, sakit perut, macam-macam kisah suka duka sedih semua ada.

Rindu pula zaman sekolah dulu, nanti ada masa semula kita kumpul balik tau, bila-bila ada masa pun KK tak kisah

*esok kerja pagi, habislah masa ni tak tidur lagi, hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan