Followers !

Sabtu, 4 April 2015

Aiskrim buat sendiri :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru siap buat aiskrim homemade, mudah senang dan cepat, bukan susah sangat nak buat

Pendek kata, pejam mata, dah siap, dalam 10 minit saja, cuma guna pengisar saja, bahan-bahan pun cukup mudah

Aiskrim 

Bahan-bahan

1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar ovallete
pewarna pilihan

Cara-cara

1-Kisar semua bahan-bahan sekaligus sehingga adunan menjadi lembut seperti fluffy gitu, orang cakap macam bertanduk sikit

2-Simpan dalam peti sejuk dan sehingga aiskrim mengeras dan boleh dimakan, sedap lagi kalau diisi perisa


Mudah bukan? bukan susah pun, boleh dapat sebekas juga, makan adik beradik atau anak beranak, kos pun tak mahal sangat

KK dah masuk 3 kali dah buat, bahan-bahan memang dah ada kat rumah, cuma beli susu cair dan boleh buat, hehe

Apa lagi? boleh cuba buat sekarang, tak perlu beli dah lepas ni, huhu




2 ulasan: