Followers !

Sabtu, 4 April 2015

Keluar dengan mak & adik !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi tadi, mak dah kejut KK, katanya nak pergi beli barang, dan sambil-sambil KK boleh pandu kereta, huhu

Lesen dah lama dapat, kereta tak cuba bawa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi kan, kereta panjang pula tu, KK kena biasakan juga

Hari kan hari Ahad, lagi mencabar, tapi kalau bukan sekarang, bila lagi kan, KK kena juga pandai


Ambil adik dulu di pusat tuisyen, lepas tu terus ke bandar, menuju destinasi untuk membeli barang

Lepas dah siap beli, hala balik, mak pula yang bawa, katanya cepat sikit, baiklah, redha, KK tahu sedikit perlahan, haha, saya masih "P"

Balik dengan redha, tak apalah, banyak lagi masa boleh belajar kan, perlahan-lahan, nanti dah pandai, siaplah, haha


Balik rumah, dengan panasnya terus makan nasi, lauk harini ayam masak pedas dengan kerang, huhu

Lepas tu baru godek-godek apa yang beli tadi, huhu, baiklah, KK nak pergi buat aiskrim, huhu, nanti KK kongsi :)



2 ulasan: