Followers !

Sabtu, 25 April 2015

Nasi Thai Style


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila dah kerja kan, soalan paling yang tak dapat nak jawab, "nak makan kat mana harini?" pasti semua pun macam tu kan, haha


Macam tu juga keadaan KK, sampai tak tahu nak makan kat mana, pusing-pusing tempat sama, jadi bosan sangat dah, esok kat sini, lusa kat situ

Tak ada arah sangat, pergilah ke food court kan, macam-macam dan deretan gerai kat situ, boleh pilih segala macam makanan

Harini KK cuba makan nasi ni, tak pernah cuba sebelum ni, nama macam unik, haha, cubalah, gambar contoh pun tak ada, redha saja

Bila dipanggil, wah banjir ! macam best saja, dari segi fizikal macam dah menarik minat, perut tengah lapar, semua jadi sedap

Bila makan rasa biasa saja, ingatkan ala-ala masak pekat tomyam, tapi tak pun, macam masam-masam sikit, dan bolehlah

Lepas ni order yang lain, pula, haha, macam-macam menu kan, boleh pilih, bosan-bosan makan kat lain pula, tiada masalah punya !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan