Spice of My Life

Followers !

Halaman

02/08/2013

Cuti Raya Persekolahan + Salam Jumaat !


Assalamualaikum,

Salam jumaat terakhir di Bulan Ramadhan 2013, mesti semua rasa gembira sebab dah cuti mulai hari ini, ada yang sibuk nak balik kampung, sibuk dengan persiapan, kuih raya jangan pula hangit dalam oven, hehe



Sedia maklum bahawa ramadhan sudah berada di penghujung, tadi dekat masjid masa kutbah pun ada sebut, bila dah hujung2 ni, jemaah terawih makin kurang sebab sibuk dengan persiapan, harap2 tak macam tu la ye, berpada-pada lah kita walau nak beraya.

Hehe, kimi pun dah lama tinggal blog, semakin hari, semakin sibuk, nak dekat2 hujung2 sekolah ni, sibuk dengan peperiksaan, malam jejak kasih lagi, mmm, tak terkejar.

Pelbagai ragam dan cerita yang berlaku sepanjang kimi sibuk ni, nanti kimi akan bagitahu satu per satu ok, diharap para pembaca sabar menanti, hehe

Walau apapun, dalam pada kita sibuk menyiapkan persiapan raya, janganlah sampai membazir, ingatlah bahawa bulan ramadhan mengajar kita untuk mengawal nafsu.


#Hehe, kimi harini nak pergi solat jumaat, teringin nak pakai baju Melayu, biasa pakai t-shirt dengan seluar track saja, haha. baju raya 5 tahun lepas...


2 ulasan:

  1. a'a kimi lama tak update blog. heee
    selamat berpuasa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, kkimi sibuk sikit minggu2 akhir sebelum cuti,
      selamat berpuasa juga :)

      Padam