Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 24 Mei 2015

10 a.m - 10 p.m


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Esok KK akan bekerja dari jam 10 pagi hingga 10 malam, sebab teman sekerja akan bercuti, jadi disebabkan tiada orang lain sekali KK, kena ganti


Memang seminggu sekali KK akan bekerja 12 jam, dah biasa, dan esok pula ada inventori, jadi apa-apa pun kena hadap, haha

Mood nak update blog macam suram, tak ada idea satu hal, inilah salah satu masalah besar dalam blogging, mati katak kalau tak ada idea atau bahan

Bulan 5 pun dah nak habis, nanti masuk pula bulan Jun, lepas itu dah nak puasa, tak lama dah, dan raya, sekejap saja masa berlalu, memang tak sedar

Bila dah bekerja, masa berjalan macam air, tup tup dah malam, tidur esok kerja, macam itulah rutin harian, cuti memang tak keluar, duduk rumah saja'

Masa untuk rehat :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan