Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 4 Mei 2015

Hari 1 : Kuantan - Kuala Lumpur *-*


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisah semalam KK ke KL selama 2 hari 1 malam di sana, seperti yang sedia maklum, KK kesana sebab nak beli baju untuk para gadis yang akan menghiasi majlis perkahwinan


Bertolak dari Kuantan agak lewat, kerana ada sedikit kesulitan, jadi dalam 7:30 a.m baru sahaja bergerak

Sampai sahaja di R&R Temerloh, berhenti sekejap, sebab nak pergi tandas dan berehat-rehat sebentar, lepas saja dari tu, teruskan perjalanan


Sekali lagi berhenti sebentar di R&R Genting Sempah, sebab nak isi minyak, ingatkan nak singgah makan di Mc Donald, tapi ramai pula orang, tak jadi pula

Sampai di KL dalam jam 1 petang, sedikit kelewatan, tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus bersama-sama membeli belah di Kenanga Wholesale City


Sampai saja terus cari apa yang diimpikan, lama juga pusing-pusing Kenanga, biasalah perempuan, nak cari apa yang dicari tu tak jumpa

Akhirnya jumpa juga satu kedai, baju ala-ala kimono gitu, cantiklah, warna emas, nak tengok, nantikan, hehe, mana boleh tunjuk sekarang, bukan kejutan namanya nanti

Lepas dah siap-siap beli baju, beli kain pula, kedai lain, kain pun warna emas, memang cantik dan padan dengan baju yang tadi


Siap-siap semua, barulah masing-masing nak cari benda lain, masa inilah KK sempat beli 2-3 barang, apa yang KK nampak, dan rasa berkenan terus beli

Lepas dari habis berjalan di Kenanga, teruskan perjalanan di Time Square pula, kawan ajak berjalan-jalan di sana,



Seharian  berjalan, malam baru sibuk cari hotel, haha, letak kepala terus tak sedar, teruk sangat dah sebab seharian berjalan, haha, memang tak sedar

Bangun sedikit lewat, hari kedua berada di Kuala Lumpur, nantikan episod seterusnya !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan