Followers !

Jumaat, 1 Mei 2015

Roti Sandwich Telur +


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tugas KK sebagai peneman ni boleh juga jadi chef, haha, amanat yang diberi, harus dipertanggungjawabkan dengan baik


Untuk sarapan, sebab kami semua bertolak jam 5:30 dari Kuantan, jadi memang tak singgah mana-mana untuk makan dahulu



KK yang menawarkan diri untuk sediakan sarapan pagi sementara alas perut, jadi paling senang dan mudah buat sandwich telur hancur tu

Malam semalam buatnya, buat awal-awal, sandwich biasa saja, letak sos cili dengan mayonis, intinya telur hancur yang KK goreng terlebih dahulu

Sambil buat sambil tengok televisyen, kadang-kadang lupa juga tengah bakar roti, haha, nasib tak hangit apatah lagi hangus


Akhirnya siap juga, KK habiskan satu pek roti yang besar tu, sebab pergi 10 orang, harap cukup untuk semua, rasa macam mana entahlah, sebab KK tak rasa pun


Tiada ulasan:

Catat Ulasan