Spice of My Life

Followers !

Halaman

12/05/2015

Berempat di Sungai Lembing !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi tadi KK bersama 3 lagi orang kawan ke Sungai Lembing, saja-saja jalan-jalan yang kawan KK ni nak masuk dalam terowong biji timah tu


Pukul 8:30 pagi dah sampai di terminal bas, pukul 9:00 pagi baru dipanggil, bas RapidKuantan bernombor 500 akan ke Sungai Lembing


Jam 9:30 pagi sampai di Sungai Lembing, terus ke Terowong Bijih Timah yang terbesar di dunia tu, KK dah pernah masuk, cuma temankan Cik Hanie dan Cik Nik kita saja

Paling seronok dan terasa berbaloi RM 15.90 (termasuk GST) yang dilaburkan, abang pemandu pelancong tu sudi temankan kami dari mula sampai habis terowong


Hal ini kerana, kami berempat adalah orang pertama yang datang pada hari ini, hahaaha, nampak tak semangat di situ? haha

Dari mula sampai habis abang tu bawa kami berjalan, macam-macam info diberi, dan soalan bertubi-tubi dari para ahli sains, ahli peladang, ahli arkitek dan ahli bakeri iaitu KK, *tak sabit


Jadi sebagai tanda terima kasih, marilah kita bergambar bersama, abang ni memang terbaik, terima kasih sudi temankan kami berempat

Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga, nak buat macam mana, sebenarnya kami rancang nak balik petang, tapi disebabkan si Arif ni yang ayahnya ajak teman ke KL sebab ada mesyuarat penting, jadi pukul 1 dah kena balik rumah


Kiranya hanya sempat ke terowong saja, sebenarnya banyak lagi tempat nak pergi, tapi memang tak sempat, lain kali saja

Walau masa yang singkat, tiada alasan untuk tidak bergembira, jadi penuhi saat-saat yang ada dengan perkara yang mengembirakan, hiraukan sekeliling kerana peluang itu terhad !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan