Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 6 Mei 2015

Hari 2 : Kuantan - Kuala Lumpur ^_^


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Entri bersambung dari yang sebelum ni, kepada yang belum baca, boleh klik SINI dahulu, kalau dah, boleh teruskan untuk kisah kedua, haha


Padahal dah 2 hari kisah, tapi KK nak cerita juga, haha, tak kira, semangat sangat, kenangan yang tak dapat lupa kan, hehe

Pagi tu, lepas dah semua bangun tidur, kemas barang, dan keluar dari hotel, kami semua terus ke Sunway Pyramid, jalan jangan nak cakap, penuh kereta, hari Ahad pula tu


Cari tempat letak kereta pun memakan masa yang agak lama, lepas jumpa cepat-cepat masuk Sunway, haha, tak sabar

Jalan-jalan, pergi makan dulu, jumpa pula Scha Alyahya, ada buat promosi produk Bio Essence, tinggi lampai, tapi itu semua sebab kasut tumit tinggi 7 inci, haha




Ingatkan nak cuba ice skating, haha, konon macam pandai sangat KK ni, bila sampai, ramainya orang, kan tak pasal kena langgar, haha, tak pernah main

Sudahnya, pergi Mc Donald beli Sundae coklat sambil tengok orang main ice skating tu, haha, sedih sebab tak pandai, pandai tengok saja


Dah rasa cukup pusing Sunway, kami semua beransur pulang, sebab hari dah petang, pukul 5 sudah, nak balik ke Kuantan pula

Dalam jam 8:30pm KK sampai di bumi Kuantan, alhamdulillah, selamat sampai dan selamat kembali KK dan sembilan sahabat yang lain, syukur ke hadrat Illahi :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan