Spice of My Life

Followers !

Halaman

20/05/2015

Pakaian tajaan untuk persembahan +_+


Assalsamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rasa macam ala-ala artis saja, pakaian siap ditaja, mana taknya, kita buat persembahan untuk syarikat, haruslah syarikat memberi kemudahan kan


Untuk esok ada majlis makan malam di Kelab Golf Sultan Azlan Shah yang terletak di Shah Alam Selangor

Jadi, setiap cawangan perlu menyediakan sebuah persembahan untuk menyerikan lagi acara majlis makan malam tersebut

Untuk cawangan Kuantan, kami akan membuat persembahan tarian, yang pasti tarian agogo, haha, lagu pula menggunakan lagi "Malam Pesta Muda Mudi"


Dah boleh bayangkan cara tarian, ala-ala zaman P.Ramlee dulu, memang seronok dan teruja sangat bila berlatih, dan esok adalah harinya

Semua dah siap gosok, tunggu nak sarung saja, tapi esok KK pakai baju biasa dulu, sebab bertolak awal, jadi sampai sana baru salin

Masa untuk tidur, kepenatan sebab harini masih kerja, huhu !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan