Spice of My Life

Followers !

Halaman

19/05/2015

Meniti Annual Dinner 2015 !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Tinggal 2 hari saja lagi untuk menghadirkan diri ke majlis makan malam anjuran syarikat yang KK kerja sekarang


Persiapan telah siap 70% untuk baju KK, semua cukup, cuma ada sikit-sikit perkara kecil yang perlu disiapkan,

Untuk persiapan menari, semua dah siap, tarian dah cukup baik, pakaian pastinya ditaja, haha, siapa tak suka kan, semua ditaja, tapi ingat, kena pulang semula, haha


Esok KK kerja lagi, hari terakhir sebelum ke majlis tersebut, tak sabar rasanya, semua dah kecoh-kecoh pasal pergi majlis makan malam ni

Tempat majlis kalau diikutkan di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, bertolak dari sini jam 11 pagi, sebab majlis bermula pukul 5:00 petang

Tema Black & Orange, tapi malangnya baju tak berapa nak hitam, haha, hentam sajalah labu, pakai yang mana ada sudah, gaji lambat lagi, hahaa

Nak tengok KK menari? haha, nantikan, nanti KK upload video lagi, kalau nak tengok bolehlah,
bukan pandai sangat menari, kaku juga, sila nantikan :)
\

Tiada ulasan:

Catat Ulasan