Followers !

Isnin, 27 Julai 2015

Beraya lagi di rumah kawan *_*


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam, lepas dah habis sesi "menghabiskan duit" kawan KK ajak beraya di rumah dia, kawan masa sekolah lagi, lama tak jumpa


Lepas maghrib kesana, KK bawa 3 orang sekali untuk serbu rumah dia, haha, dia ada cakap, masak sesuatu, masak apa tu tak tahu, nak berahsia


Bila sampai tengok ada spagetti, wohhooo, terbeliak biji mata tengok ada bebola daging lagi, lepas tuan rumah jemput, terus buat muka tak malu, haha

Pandai kawan KK ni masak, tirah namanya, si tudung hitam tu, bagus dia ni, buat buat menantu dah, haha


Lepas dah siap makan, makan kuih raya pula, dah kenyang hadap kuih raya, sesi bergambar pula, haha, tak namanya raya kalau tak bergambar kan, hehe

Terima kasih kerana jemput KK dan kawan-kawan untuk datang beraya, insyaAllah tahun depan kita jumpa lagi, spagetti tu sedap !


5 ulasan:

  1. Wah, sedapnya spaghetti tu.. Nak beraya jugak la.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap kak, letak meatballs banyak, hehe

      Padam