Followers !

Sabtu, 4 Julai 2015

Ramadhan 17 : Lewat pergi kerja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam seharian keluar kan, penat sangat, sampai pagi ni terlewat KK nak pergi kerja, tak pasal-pasal terlewat


KK memang dah biasa kunci jam, dan kunci untuk sahur dan sekali untuk bangun pagi pergi kerja, sekali jam bunyi memang KK akan terkejut

Tak sedar bila bangun dah pukul 9:35 a.m, Ya Allah, mengucap panjang KK, tak sedar bila KK ni bangun sekejap untuk matikan jam loceng telefon dan tidur balik

Terus bangun mandi, sepatutnya KK masuk pukul 10:00 am, dah lewat tu, tak boleh nak buat apa dah, redha saja, buat macam biasalah, haha

Masuk kerja pukul 10:40 a.m, lewat 40 minit, tapi nasiblah pengurus faham, dan bila tengok tempat kerja, dan KK jenguk peti simpanan pizza, kosong !

Terus angin kus kus demam nak sampai, licin pizza KK buat penuh peti, baru sehari cuti, datang harini habis licin, terus rasa nak balik, haha

Kuatkan diri, bertahan sampai habis kerja, tak sangka pengurus sanggup tolong KK buat pizza juga, kalau tak memang tak menang tangan KK dibuatnya

Esok nak datang awal, KK nak letak telefon jauh-jauh, tak nak lewat lagi !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan