Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 30 Julai 2015

Jamuan Aidilfitri di tempat kerja!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam ada jamuan di tempat kerja KK, bersempena jamuan raya, kesemua staff dijemput hadir untuk memeriahkan lagi jamuan yang diadakan di bilik rehat


Dalam pukul 3 petang tu, KK dan rakan kerja bakeri turun ke bilik rehat untuk bersama-sama menjamu selera, entah apa makanan yang dihidangkan tak tahu

Bila sampai, kemain meriah lagi, bersusun makanan, apa lagi, ambil pinggan, ceduk nasi dan ambil lauk, hehe, tak pandang kiri kanan


Nasi minyak, lauk ayam masak pedas, daging masak hitam, acar dan kuih cara berlauk serta tak dilupa kastard jagung yang sedap

Nasi dah berbukit, lauk sampai tak muat pinggan, nafsu semata-mata, haha, tapi habis, agaknya kebuluran KK ni, dari pagi tak makan, haha


Siap tambah lagi, tapi lauk sahaja nak makan, nasi tak nak dah, lepas tu makan kuih pula, cara berlauk dengan kastard jagung, gemuk lah KK lepas ni

Kan seronok dan lagi jimat kalau ada jamuan hari-hari, haha :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan