Followers !

Khamis, 16 Julai 2015

Projek malam Raya !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Balik dah jam 10 malam, langit terang dengan percikan bunga api dan mercun yang tak putus-putus saling berlawan antara satu sama lain

Meriahnya berhari raya, budak-budak seronok lah, kalau orang tua macam KK ni, jangan harap nak main macam tu, haha


Melangkah ke alam pekerjaan memang cepat buat kita makin hari makin matang, segala aspek boleh pusing 360 darjah tanpa kita sedari yang kita semakin berubah

Projek malam raya KK ialah buat kek untuk juadah tambahan esok, KK terlebih rajin pula, sampai 2 biji buat sekali, untuk bawa ke tempat kerja sikit esok

Kek Minyak sentiasa menjadi pujaan hati kerana terlebih mudah untuk disediakan tapi rasa yang tiada tandingan, dengan sedikit kreativiti. kek biasa pun nampak mewah

Lepas dah siap-siap bakar kek, cari baju Melayu untuk digosok, sebab esok KK akan pakai baju Melayu ke tempat kerja, baju raya kurta pakai hari raya ke-2, hehe

Barulah dapat tidur, apapun, KK nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog KK ingin mm=emohon maaf jika ada dalam penulisan KK selama ini membuatkan terguris hati, terasa hati atau tersalah cakap, maafkan KK

KK sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan