Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 30 Julai 2015

Pengat Durian !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rezeki di malam hari, tak sangka dapat pulut durian, sesiapa yang suka makan durian tu, memang "hantu" sangat kalau dapat pulut durian ni


Malam tadi dalam jam 8:16 pm, KK hantar nasi arab mandy segera ke rumah Kak Ani, dia order 4 paket, katanya nak buat rumah terbuka

Kak Ani cakap baru saja masak pengat durian, buat untuk anak-anak makan katanya, nak bagi KK sedikit, KK pun ada bawa kek minyak yang buat petang tadi

Rezeki tak sangka, dapat juga merasa air tangan kak ani, hehe, sedaplah kak, cukup manisnya bila makan dengan pulut tu, memang sebati

Makan sikit saja sebab kenyang, dah simpan dalam peti, esok sambung makan kalau ada lagi, mana tahu orang lain yang makan kan, hehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan