Followers !

Selasa, 7 Julai 2015

Jangan percaya Waze 100 %


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dalam jam 1 petang tadi, KK ke bandar sekejap, ada nak ambil barang di Indera Mahkota 15, kita tak pernah ke sana, jadi perlukan sedikit bantuan


Gunalah Waze, kita ni lembab sikit bab-bab jalan, haha, kononnya harap tempat dituju dengan jayanya, tapi hampeh semuanya

Mula-mula memang cantik KK ikut jalan, "turn left" KK pusing kiri, "turn right" ! KK pun pusing kanan, haha, suara memberi arahan, entah suara siapa kan

Sampai dah kawasan tu, nak ke tempat tu pening sikit, sampai pusing balik, masuk simpang, keluar simpang, masuk bulatan, pusing-pusing tempat, kalau siapa tinggal Kuantan, faham-faham sajalah jalan IM macam mana, pening !

Dalam 45 minit pusing-pusing, akhirnya tutup Waze, terpaksa cari manual, pakai mata, tengok nombor jalan dan lorong, dan keajaiban berlaku !

Tak sampai 10 minit dah jumpa, Ya Allah, padahal kedai tu KK dah pusing 2-3 kali, panas juga hati kita kan, tak apa, pengalaman mematangkan kita, belajar dari kesilapan

Geram nya lah, dengan puasa lagi, sabar, mulut kena tahan, nanti kurang pahala puasa, siap urusan terus balik, haha, nak buang Waze dari telefon sayang pula, simpan saja, haha

Jadi, konklusinya, jangan percaya kan Waze 100%, guna mata yang dikurnia Allah, ada akal guna, jangan percaya suara perempuan dalam Waze, semua itu dusta ! haha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan