Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 12 Julai 2015

Cuti 2 hari !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Cukup tidur KK, semalam sahur awal, pukul 3 dah sahur, dalam pukul 4 dah tidur, haha, sebab tak boleh tidur semalam, jadi terus makan

Lama sangat tak merasa cuti 2 hari, memang lama sangat, sejak-sejak kerja seorang diri ni, jangan harap nak cuti 2 hari, kan tak pasal tak berasap oven pizza

Tapi, alhamdulillah, dah ada rakan kerja baru, baru saja seminggu masuk, dapatlah KK nak cuti lebih sikit, lagi-lagi nak dekat raya ni, sebab KK tak beli apapun lagi

Bagusnya pengurus KK ni, dia faham keadaan KK, tak apalah, orang lelaki tak kisah sangat, tak cerewet macam orang perempuan, kan? haha

Rasa tahun ni nak cuba pakai kurta, macam tak nak saja beli baju Melayu, ke nak beli dua dua? haha, jangan tamak, tak baik, tengok keadaan dulu

Apapun, selamat bercuti buat KK, wuhuu !


2 ulasan:

  1. saya tahun ni try pakai jubah pulak..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. oyeker, KK pun ingat nak pakai jubah, tapi terminat kurta pula, haha

      Padam