Followers !

Rabu, 12 Ogos 2015

Berkelah di Pantai Sepat !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Isnin baru-baru ini, KK dan kawan-kawan pergi berkelah di Pantai Sepat, kalau tanya orang Kuantan, memang terkenal sangat pantai sepat ni untuk tempat berkelah


Sembilan orang termasuk KK dengan dua buah kereta kami bertolak dari rumah, lebih kurang jam 10 pagi dan sampai lebih kurang jam 10:45 pagi

Sesudah sampai, kemas-kemas tikar, masa untuk susun makanan, macam-macam segala juadah dan sampai 3 jenis air, haha


Masing-masing keluarkan barang makanan, penuh satu tikar, dari makanan berat sehingga makanan ringan, masing-masing tak nak kalah

KK bawa nasi goreng kampung, muffin coklat dan air sirap, farahhani bawa spagetti, tasya bawa ayam goreng dan kentang, athirah bawa pappadom, keropok, nugget, dan air sunquick, marni bawa pudding karamel, danial bawa peralatan masak, sandwich dan air


Punyalah banyak makanan, makanlah sampai kenyang, tambahlah banyak mana, hehe, tak kisah, lepas dah makan tu, barulah ke pantai, cuaca sangat baik, nasib tak hujan





Sesi fotografi yang tak berapa bertauliah, tolong orang ambil gambar, haha, masing-masing kemain bergambar, kita yang solo ni selfie seorang diri, haha

Habis dah bergambar, sambung makan, tak pandang kiri kanan, makan lagi, banyak lagi, air pun banyak, tak perlu membazir, hehe, teruskan makan, ada yang tidur lah, ada yang makan tak berhenti, haha, macam-macam perangai


Lepas dah rasa nak ke petang, dalam pukul 4, rasanya boleh dah balik, hehe, kemas-kemas, buang sampai, jangan sepahkan, jagalah pantai kita, ecehceh, iklan pula, kumpul sampah, ikat dalam plastik, jangan kotorkan tempat orang

Bersiap untuk pulang, hehe, sebelum tu ambil gambar sebelum balik, pastikan semua ada, tak nak ada seorang pun terkecuali, hehe, senyum semua !


Terima kasih kepada semua, kerana ceriakan hari KK, insyaAllah, nanti kita adakan lagi macam ni, sebab sekarang masing-masing cuti semester, ada lagi masa kan, lepas ni dah balik, tinggal berapa kerat saja kat sini, hehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan