Followers !

Sabtu, 15 Ogos 2015

Makan-makan di rumah Cikgu Fauziah !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang tadi, KK keluar masa rehat, untuk ke rumah Cikgu Fauziah, cikgu KK masa zaman STPM lepas, lama tak jumpa cikgu


Cikgu ada bagitahu KK seminggu awal pasal ni, KK dah pesan kat semua kawan-kawan, dan tak ramai yang dapat pergi, sebab ada hal penting yang lain


Jadi, cuma KK dan Tasya, dan kat sana, terjumpa Farhan dan Bawani, lain dah muka budak berdua ni, masing-masing tengah belajar lagi

Makan-makan, banyak KK makan, tak ingat tu, badan dah naik, haha, siap kek ada lagi, harinikan hari terakhir Syawal, esok dah tak ada

Makan nasi minyak, lepas juga jumpa cikgu-cikgu yang lain, jumpa Miss Quek, dapat borak-borak kosong

Terima kasih cikgu, jasamu akan dikenang, kalau ada makan jangan lupa jemput :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan