Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 9 Ogos 2015

Persediaan untuk esok :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Esok KK cuti, perancangannya nak pergi berkelah, huhu, adalah dalam 2 minggu rancang perkara ni, macam-macam terjadi sepanjang 2 minggu tu


Tukar tempat, pasal makanan, jadi tak jadi, pasal pengangkutan dan macam-macam lagi, akhirnya esok sudah harinya

InsyaAllah, jika tidak ada aral yang melintang, esok kami bersembilan orang akan ke Pantai Sepat untuk berkelah, pantai lokasinya


Harapnya cuaca mengizinkan, sebab sekarang musim kan, petang sikit hujan, pagi biasa saja panasnya, nak ke petang sampai malam biasanya hujan di Kuantan ni

Kami semua bawa makanan masing-masing, semua ada tugas masing-masing, KK bawa nasi goreng kampung, kek cawan coklat dan air sirap


Kawan-kawan lain ada bawa spagetti, sandwich, nugget, ayam goreng, dan sebagainya, memang cukup lengkap, harap semua kenyang, hehe

Tak sabar nak tunggu hari esok, KK baru siap bakar kek cawan, balik kerja tadi terus pulun buat kek coklat tu, sambil masak nasi untuk esok sekali

Sekarang masa untuk tidur ! huhu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan