Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 28 Ogos 2015

Selamat Tinggal Erne !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

2 hari lepas, salah seorang kawan KK telah pergi meninggalkan Kuantan buat seketika, katanya nak pergi tenangkan fikiran, destinasi pula jauh pula tu


Tak lah lari, katanya nak pergi sekejap saja, ada hal sikit, kakaknya nak kahwin, tapi lepas tu duduk sana sekejap, mungkin dalam bulan depan (Oktober) baru balik

Si Erni ni, gadis comel bertudung merah, yang nak pergi seorang, yang menghantar satu bas, haha, itulah semangatnya berkawan, ramai-ramai hantar, terharu sangat





Sebelum hantar, singgah makan dulu, sebab dalam bas lama kan, dari Kuantan-Kelantan, mesti perut lapar dulu, singgah makan dulu ramai-ramai di Semambu

Lepas makan baru ke Terminal Sentral Kuantan (TSK), tiket bas pukul 10:30 pm, kami sampai pukul 10, lagi 30 minit, bolehlah borak sikit-sikit sebelum berlepas


Sedih pula, sebab KK dengan makcik ni agak rapat, lagipun rumah dekat-dekat, kami kawan sejak dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah sama

Jaga diri kat sana elok-elok, jangan lupa jalan balik pula, hehe, nanti nak balik bagitahu kami kat sini, boleh jemput ramai-ramai lagi, hehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan