Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 20 Ogos 2015

Lepak dengan bunga-bunga


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK ni kira jenis orang kalau di ajak, susah sekali nak tolak, kata orang tua, pantang ajak, terus lesap, haha, begitulah perumpamaannya


Tak jauh pun, kedai dekat-dekat rumah saja, lagipun KK pergi dengan motor, tak sampai 10 minit dari rumah, saja kumpul nak berborak

Nasiblah KK ni kerja pagi, kalau kerja petang, jangan haraplah nak datang, balik kerja memang terus tidur, tak cara orang dah, bangun esok untuk kerja saja

Semua ni kawan-kawan dekat rumah saja, kira sekampung, nak kumpul pun tak susah, tapi ada lagi yang tak dapat pergi

Masa ni lah nak kumpul, nanti bila dah belaka kahwin, jangan haraplah, nanti bawa semua anak datang sekali, haha, memang riuh dibuatnya nanti


Tengah rancak berborak, tiba-tiba hujan dengan lebatnya, selebatnya hujan, sampai kami  beralih tempat, sebab kena tempias hujan

Nak tunggu hujan, memang tak akan habis, jadi terpaksa redah saja balik, haha, dengan petirnya, memang takut, jalan licin kena hati-hati

Terima kasih semua sebab sudi lepak, nanti ada masa boleh buka meja lagi, borak lama-lama, hehe, masa masih solo inilah peluangnya, haha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan