Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 24 Ogos 2015

Cuti 2 hari


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Percutianku tidak lama, dua hari saja, haha, tak kemana pun, sebab duit tak berapa nak ada, hujung-hujung nyawa ni kena ikat perut sedikit, hehe


Semalam KK balik kerja, hujan lebat ya amat, sampai air naik atas jalan raya, KK takut sangat, tapi alhamdulillah, selamat sampai rumah, syukur

Cuaca harini nampak mendung kelabu, harap tak hujan, sebab mak jemur baju, sempat lah kering agaknya tu, insyaAllah

KK cuti harini dan esok, Rabu dah mula kerja semula, tengah menghitung hari nak gaji, tak sabar, haha, beginilah hujung-hujung bulan

Malam ni kalau jadi, jika di izin Allah, KK dan kawan-kawan nak beriadah sikit, main badminton, haha, konon nak sihatkan badan

Masalahnya, raket tiada, bagus! kena cari ni, dapat yang adik pun tak apa, hahaha, hancur macam mana pun, tidak menjadi masalah, saja-saja nak main

Itu saja perancangan harini, esok? masih tidak tahu, apa sahaja kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya bagi kita


Tiada ulasan:

Catat Ulasan