Followers !

Isnin, 17 Ogos 2015

Wayang + Makan !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersiaran agak lewat, lepas balik, rehatkan diri kejap, baru buka laptop dan kemas-kemas persediaan untuk esok, sebab esok dah kerja, hehe

"Pixel" bermula jam 7:55 pm, jadi 7:30 pm dah keluar dari rumah, nasib sempat, kalau tak, melepas, haha, sebab jalan tak sesak mana dan tempat letak kereta pun senang

Lepas dah habis tonton wayang, terus keluar sebab nak cari tempat makan, perut dah lapar, jadi misi mencari kedai makan


KK putuskan makan di kawasan Semambu, sebab terasa nak makan Juara Char Kuey Teow, kalau di Kuantan ni terkenal sangat, orang memang penuh kat sini

Kenyangnya makan, habis sepinggan, lapar sangat KK ni, sebab dari petang tak makan, jadi simpan perut sampai ke malam

Siap makan terus balik, tak fikir apa dah, tak boleh nak berjalan sangat, kena beringat sebab esok dah kerja, haha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan