Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 30 Ogos 2015

Demam +_=


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Tak pasal-pasal KK ni demam, sebenarnya dah rasa dari semalam, badan rasa tak sedap saja, tapi buat-buat tak tahu, malas nak layan, nanti melarat


KK tak boleh tidur semalam, dari pukul 11 malam, sampai pukul 1, sampai 2:30 pagi, sedar tak sedar rasanya pukul 4 baru tidur, kerja pagi, pukul 5:30 dah bangun

Tak sampai 2 jam tidur, memang mata rabak, tapi bangun macam biasa, bila dah mandi, segar badan, pergi kerja macam biasa

Bila sampai pukul 11 pagi, dah rasa macam penat sangat, sampai terduduk KK, minum air, sampai separuh liter, mungkin KK terhidrasi

Bila dah rehat, lagilah rasa mengantuk, sebab kita makan, perut jadi kenyang, mata kuyu, sebelum KK tidur, terus masuk kerja, tak nak tidur

Masuk kerja, memang rasa badan, lagi satu jam nak balik, KK cukup jam, terus balik, balik kerja lepas mandi, mengantuk sangat

Ya Allah, tak sedar KK tertidur dengan telefon kat tangan, pukul 8:30 malam bangun, bangun saja, memang sah KK ni demam, terus makan sikit dan makan ubat

Esok KK kerja petang, harap esok dah baik, tak nak sakit !


2 ulasan:

  1. banyakkan minum air masak n keluar pakai mask ..
    jerebu now.
    and take a good rest k :)

    BalasPadam